Thursday, 11 December 2014

SALE... SALE... SALE...

hANYA BULAN INI SAHAJA YE....!! 

Kenapa RAMAI SANGAT orang gilakan Vitamin C & E Shaklee?
ANDA WAJIB BACA FAKTA MENARIK INI !!!

★ VITA-C PLUS ★
√ Vitamin C PERTAMA yang natural dan bertindak secara Sustained Release~ Berfungsi secara perlahan untuk BERKUASA selama 24 jam dalam tubuh kita.
√ Rumusan yang hebat dan unik ini membenarkan pelepasan Vitamin C TULEN secara perlahan dan berterusan selama 5 jam. 100 mg setiap jam. Jadi, tiada pembaziran akibat lenyap dalam urin tanpa diserap oleh badan.
√ Pada ukurannya, satu tablet vitamin c Shaklee ni bersamaan manfaat 7 biji setengah buah oren.
Opss..tapi Vitamin C Shaklee bukan dari buah oren. Ia dihasilkan dari ekstrak jagung. Mempunyai komponen yang sama seperti buah citrus. Jadi tiada masalah untuk orang yang gastrik.
√ Diuji secara klinikal, jika diambil 2x selang 5 jam, akan mengekalkan paras Vitamin C plasma lebih 24 jam.
√ Lebih hebat ia juga membekalkan 'Bioflavinoid dalam jumlah yang SEIMBANG 120mg.
Badan kita ibarat enjin , HANYA VITAMIN TERBAIK SAHAJA YG SELAYAKNYA

★ VITA-E COMPLEX ★
✔ Kenapa GRAPE SEED & SELENIUM terdapat dlm VITA E SHAKLEE
'Vita E' improved formula ..mengandungi ESTRAK BIJI ANGGUR.. HARGA ??? Tetap sama seperti sebelumnya CUMA ada SOMETHING SPECIAL UTK BULAN NIE....NAK TAHU KN PM SEGERA !!!
✔ Kenapa tambah estrak biji anggur ? Sebab SHAKLEE hanya sediakan yg terbaik untuk pelanggannya !

Ekstrak biji anggur mengandungi pelbagai khasiat kesihatan iaitu protien, lipid, karbohidrat dan polifenol

Kuasa antioksidan polifenol adalah 20 kali lebih baik dari Vit E dan 50 kali lebih baik daripada vitamin C .. dlm erti kata lain minyak biji anggur ni amat berkesan mengatasi masalah kanser serta amat baik utk awet muda dan utk memelihara kecantikan dan yg best grape seed extract terbukti berkesan menguatkan sistem imun badan, menurunkan paras kolestrol, menghalang pembentukan darah beku, melegakan masalah berpunca daripada urat timbul ..

✔ Melambatkan Penuaan:
Salah satu phenol yang ditemui dalam biji anggur ialah OPC (oligomeric Proanthi Cyanidin) ni lebih tulen berbanding kumpulan fitonutrien yg lain). OPC ni memelihara tubuh dari penuaan sebelum masanya..OPC juga terikat dengan kolagen. Senang cerita, procyanidin ini juga membantu kulit lebih elastik, membuatkan seseorang nampak muda secara semulajadi.

✔ Now anda dah tahu rahsianya..!!
Jangan lepaskan peluang niii.. sebiji biji Vitamin E ni bersamaan 400iu,ianya semulajadi dan lengkap dgn selenium lagiii ..marvellous...

✔ Pesanan khidmat masyarakat
 Tips memilih VITA E>
1. Pilih Vitamin E yg bersumber semulajadi ( boleh lihat pada label.. ada huruf d kecil (d-alpha tocopherol) menunjukkan ia sumber semulajadi. satu huruf 'l' or 'dl' menunjukkan ia sumber tiruan or kimia)
2. Cari perkataan mixed tocopherol dlm label
3 .Pilih Vita E yg berserta selenium..
Sumber semulajadi adalah lebih baik kerana ia lebih mudah diserap oleh badan berbanding sumber kimia/tiruan
Jgn malu2 untuk bertanya...HANYA YG TERBAIK UNTUK ANDA !
Confirm anda terpikat !!
PM SEGERA & SEMENTARA STOK MASIH ADA !
★ Shaklee Authorized Dealer ★

Tuesday, 2 December 2014

SET RESDUNG & ALAHAN



Penyakit Resdung adalah antara penyakit yang sering menjadi masalah kepada ramai orang di Malaysia. Pelbagai rawatan telah dicuba untuk atasi masalah penyakit resdung ini. Set Resdung Shaklee disyorkan bagi membantu mengatasi masalah yang menghantui anda selama ini.
Dalam istilah perubatan, penyakit resdung dikenali dengan nama sinusitis. Masyarakat lazimnya menganggap penyakit ini adalah penyakit yang tidak berbahaya walaupun hakikatnya jika dibiarkan menjadi kronik ia boleh menyebabkan komplikasi kepada otak dan membawa maut!

Punca Penyakit Resdung
Pada kebiasaannya, para pesakit resdung akan mengalami situasi seperti bersin dengan kerap, dengkuran luarbiasa, batuk, gatal hidung, cepat letih, muka terasa sakit dan pening kepala waktu pagi. Bagi pesakit resdung yang kronik, resdung berisiko menyebabkan punca telinga menjadi pekak. Sebelum bercerita lebih lanjut tentang Set Resdung Shaklee, terlebih dahulu kita perlu tahu apa punca sebenarnya yang menjadi penyebab berlakunya penyakit resdung ini. Pakar Hidung, Telinga dan Tekak Hospital Pakar Perdana, Dr. Mohamad Hamzah menyatakan resdung adalah sejenis penyakit hidung yang berpunca daripada radang pada membran. Sinus pula merujuk kepada rongga dalam tulang muka yang dipenuhi mukosa. Rongga sinus yang tersumbat berisiko menyebabkan masalah kesihatan kerana bakteria dan kulat mudah membiak di dalamnya serta menghasilkan nanah. Sebagai tambahan, resdung juga boleh berpunca disebabkan oleh rerambut halus silia dalam rongga sinus yang gagal menyempurnakan tugas untuk melancarkan aliran mukus.

Antara komplikasi penyakit resdung:
·                     Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata
·                     Jangkitan otak (meningitis)
·                     Sakit tekak yang kronik
·                     Jangkitan tulang muka
·                     Memburukkan keadaan lelah
·                     Berdengkur yang kronik
·                     Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak
·                     Alahan hidung atau hidung sensitif
·                     Selesema biasa yang melarat.


Set Resdung

Set Resdung Dan Alahan Shaklee:-

1. Alfalfa Complex
Berfungsi mengurangkan tahap keradangan penyakit resdung (sinuisitis). Ramuannya yang kaya dengan sumber klorofil dapat membantu mengurangkan tahap keradangan daripada alergi (allergy), gegata (hives) dan resdung (sinuisitis).
Namun begitu, mereka menghidap penyakit SLE tak digalakkan mengambil alfalfa sebagai supplement.

2. B Complex
Kandungan B6 (pyridoxine) dalam B Complex berperanan penting untuk
:-
·                     Memulihara selaput lendir agar kekal sihat (mengelakkannya dari mengganggu ruang pernafasan) 
·                     Membantu penghasilan antibodi badan.  
·                     Membantu dalam pembinaan protein dalam tubuh.  
·                     Membantu hati menghasilkan glikogen yang diperlukan oleh kulit untuk menyingkirkan sel-sel mati dan memelihara sistem saraf. 
·                     Bertindak sebagai anti-stress. 
Apabila resdung menyerang, B Complex akan menjadi penstabil hormon dan penenang semulajadi bagi mengurangkan kesakitan di bahagian muka.

3. Vitamin C
Bagi masalah alahan, sel dalam badan akan mengeluarkan sejenis bahan kimia yg dipanggil "histamine"."Histamine" akan menyebabkan ruam, bersin, gatal, dan juga penyakit alahan yang lain. "Anti-histamine" biasanya akan digunakan sebagai rawatan asas untuk masalah ini.

Vitamin C
:- 
·                     Bertindak sebagai anti-histamin, tanpa kita perlu mengalami kesan sampingan dari pengambilan dadah anti-histamin. 
·                     Membantu menstabilkan pengeluaran histamin dalam tubuh badan, dan mencegah penyempitan salur pernafasan. 
·                     Memastikan proses pemuliharan proses metabolisme dalam tubuh berfungsi dengan baik dan sempurna. 
·                     Ia berfungsi sebagai antioksida yang unggul dalam meningkatkan antibodi dan daya tahan (imuniti) seseorang menghadapi serangan penyakit dan mempercepat proses penyembuhan tisu tubuh. 

Jangan berlengah untuk mencuba Set Resdung Shaklee bagi mengatasi masalah resdung anda.
Produk Shaklee adalah produk semulajadi dan bebas dadah. Hakikatnya, penyakit resdung ini jika dibiarkan melarat akan menjadi kronik dan boleh menyebabkan komplikasi kepada otak dan membawa maut!


Monday, 1 December 2014

Cegah Kanser Usus


Kanser usus atau kolorektral semakin bertambah jumlahnya dalam kalangan penduduk Malaysia. Menurut Daftar Kanser Kebangsaan Malaysia ( NCR ) pada 2007, kanser usus adalah kanser kedua tertinggi insiden di Malaysia selepas kanser payudara.

Semakin ramai mendapat penyakit ini, terutama golongan yang lebih muda, kerana gaya hidup tidak sihat, termasuk masalah kegemukan, kurang aktiviti fizikal, merokok & makanan yang tidak sihat.

Pemakanan faktor terpenting mencegah kanser usus. Satu kajian dijalankan di Eropah selama 12 tahun menunjukkan 6 gaya hidup yang meninggkatkan risiko kanser usus adalah kegemukan, perut buncit, kurang aktiviti fizikal, merokok, minum minuman alkhohol & makan makanan proses.

Untuk mengurangkan risiko kanser usus, pakar mencadangkan beberapa langkah boleh kita amalkan.

1) Amalkan pemakanan seimbang & sihat
    ~ buah-buahan
    ~ sayur seperti brokoli, kobis, bunga kobis & taugeh
    ~ kekacang, bijian & makanan berserat seperti oat, beras perang.

2) Kurangkan makan daging merah seperti daging lembu & kambing
    ~ Masak daging menggunakan suhu tinggi seperti mengoreng atau memanggang hingga hitam                meningkatkan risiko kanser usus kerana penghasilan AGE ( Advance Glyction Endproduct ).
    ~ Kaedah lebih sihat adalah memasak dengan suhu rendah & berkuah.
    ~ Memakan lebih banyak ikan yang kaya dengan Omega 3 didapati boleh mengurangkan risiko              kanser usus.
 
3) Makan makanan yang kaya dengan probiotik seperti:
    ~ Dadih, yogurt, minuman susu berkultur ( cth : vitagen, yakult - sekadar menyebut beberapa                  jenama ).

4) Makanan yang diperam seperti:
    ~ Budu, belacan, cencalok ikan pekasam.

5) Makanan yang mengandungi asid folik seperti:
    ~ Sayur hijau seperti kangkung & bayam
    ~ Limau, oren, limau bali.. atau buah-buahan citrus

6) Makan makanan yang tinggi vitamin D seperti:
    ~ Ikan salmon, ikan sardin, kuning telur, & yang paling utama ialah cahaya matahari pagi. Kita              perlu mendedahkan kulit kita pada cahaya matahari pagi untuk mendapatkan vitamin D yang              secukupnya yang dihasilkan oleh kulit yang terdedah dengan cahaya matahari pagi.

7) Makan makanan yang tinggi dengan kalsium seperti:
    ~ susu, keju, dadih, ikan salmon, ikan sardin, ikan bilis & sayuran hijau.

Elakkan tabiat usus yang kurang sihat seperti sembelit. Didik diri untuk membuang air besar setiap hari. Minum air tapis secukupnya iaitu 7 gelas sehari. Air bertapis sangat penting untuk mencegah kita mengambil bahan-bahan toksin terlarut seperti klorin & logam berat.

Pemakanan yang rendah serat menyebabkan masalah sembelit & tabiat usus yang tidak sihat. Tabiat usus yang tidak sihat menyumbang kepada kanser usus.

Ini kerana seseorang yang menghadapi sembelit menyebabkan bahan karsinogen dalam makanan menyentuh & irritasi dinding usus berlaku lebih lama & akhirnya menyebabkan sel di dinding usus berubah menjadi sel kanser.



Biasanya ia tumbuh dalam bentuk ketumbuhan kecil dipanggil polip.Elakkan mengambil makanan proses yang tinggi gula, tepung gandum, pengawet, pewarna, perasa yang tinggi bahan kimia. Makanan proses mengganggu keasidan dalam usus yang menyebabkan bakteria baik dalam usus tidak berkembang biak dengan baik. Gangguan ketidak seimbangan bakteria baik dalam usus akan meningkatkan risiko kanser usus.

Pelbagai kajian menunjukkan merokok & minum minuman berakhohol meningkatkan lagi risiko kanser usus kerana rokok mengandungi beribu-beribu jenis toksin dan radikal bebas. Jadikan ini motivasi untuk berenti merokok.

Bersenam & melakukan aktiviti riadah di luar dapat mengurangkan masalah perut buncit & kegemukan yang meningkatkan risiko kanser usus.

Mencegah itu lebih baik dari mengubati selain dari dapat menjimatkan kos & masa. Mengubati kanser usus memerlukan perbelanjaan yang tinggi juga memerlukan pengorbanan masa yang banyak. Mengamalkan langkah pencegahan adalah langkah terbaik walaupun ia bukan jaminan 100%, tapi berusaha menjaga kesihatan adalah sesuatu yang dituntut dalam Islam.


Artikal dari Metro Ahad 30 Nov 2014
Oleh Dr. Hanafiah Bashirun - Pegawai Perubatan Hospital Columbia Asia.











Tuesday, 30 September 2014

Petua Hilangkan Parut Jerawat

Assalamualaikum...

Malam ni rasa nak tulis entry pasal petua nak hilangkan parut jerawat. Murah, mudah & selamat. Bagi yang rajin tu memang takde masalah la bab-bab nak tepek-tepek kat muka ni... tapi kalau nak cantik mesti ramai yang rajinkan...kihkihkih... termasukla akak ni haa...


Tentu ramai yang nak muka licin macam hakak dalam gambar kat atas tu kan.. meh akak nak kongsi petua skit kat sini..

1) Soda bikarbonat + air
 
     Amik sesudu soda bikarbonat yang kita wat kek tu kemudian campurkan dengan air.. jadikan pes kemudian sapukan kat jerawat. Biarkan selama 5 minit kemudia bilas. Sapukan dengan krim pelembab.. buat sebelum tidur... memang berkesan... murah je modalnya.

2) Lemon + Madu

    Lemon di belah 2 kemudian sapukan madu kat lemon, kemudian gosokan kat muka biarkan 10 minit baru bilas.. lepas tu akan rasa licin je.

3) Set Jerawat Shaklee



Bukan saje mampu menghilangkan parut jerawat malah mampu meratakan kulit muka yang berlubang tu.. Set Jerawat ni merupakan Hot Seller akak.. ramai dah yang dok repeat order set ni, nak keterangan lanjut boleh PM akak ye 013 9845516..

Sambil tu boeh la cuba petua yang akak beri tu... memang nampak kesan cuma makan masa skit la... yang pentin sabar, sambil makan Set Jerawat Shaklee ni amalkan jugak petua ni... InshaaAllah berkesan...

Monday, 29 September 2014

Brownies Marble Cheese Cake

Asik cerita pasal vitamin je... nak cerita pasal masak-masak plak... I LOVE COOKING..hihihi

Hari tu akak dah buat Brownies Marble Cheese Cake.. waaa... memang laku keras.. hahaha


                                                       
Resepi : Buku Resepi Biskut & Kek ( Chef Hanieliza)
Oleh : Rafidah Ahmad


Bahan2:
Bhn A
180gm mentega
120gm gula halus
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
30gm serbuk koko - diayak
120gm tepung naik sendiri - diayak
sedikit pes coklat
.
Bhn B
250gm krim keju
60gm gula halus
1 biji telur
.
Cara:-
1- Pukul mentega & gula sehingga kembang & ringan.
2- Masukkan telur satu per satu. Pukul lagi.
3- Masukkan tepung naik sendiri, serbuk koko, esen vanilla & yang diayak. gaul rata.
4- Di dalam mangkuk yang lain, pukul semua bahan B sehingga kembang.
5- Asingkan sedikit bahan B & campukan pes coklat. Kacau rata.
6- Tuangkan bahan A ke dalam loyang 8 inci dan ratakan.
7- Kemudian, tuangkan semua adunan B. Ratakan permukaan loyang.
8- Tompok2kan pes coklat tadi atas adunan kemudian lorekkan guna lidi.
9- Bakar di dalam oven pada suhu 160c selama sejam.
10- Sejukkan, potong dan NGAP 



Ni rupa kek yang dah siap... cheese tu nampak perang skit.. >_<

tak sempat upload gambar kek yang dah potong sebab dah abis di ngap...hehehehe

Multivitamin Terbaik

Multivitamin Terbaik - Vita Lea Shaklee




Vita Lea adalah multivitamin pertama yang di cipta di dunia, bermula dalam bentuk cercair kemudian di tukar & di tambahbaik formulanya. Kini Vita Lea dalam bentuk tablet untuk memudahkan pengambilan juga pengambilan.

Tablet Vita-Lea ni disaluti dengan serbuk nutrisi - spirulina. Ia dihasilkan dengan kaedah yang terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks, disebut sebagai " Explo-tab". Jadi ianya merupakan tablet multi-vitamin yang paling pantas di duni terlarut dalam air dan juga tubuh manusia. Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protin untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.
Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%. Vita-Lea dipilih oleh Center for science di Amerika Syarikat sebagai THE BEST MULTI-VITAMIN di dalam Public Interest pada tahun 2000.

Sape yg susah nak telan vitamin yg besar2 tu boleh guna cara ni ye.. memang terbaik.. larutkan je.. ,mudahkan.



Ujikaji Obimin & Vita Lea 

Ramai jugak SID yang melakuan ujikaji sendiri antara Obimin & Vita lea di rumah saje. Peralatan yang di perlukan tak banyak cuma perlukan 2 biji cawan, sebiji Obimin, sebiji Vita Lea, sedikit air dan jam untuk menyukat masa yang diambil untuk melihat berapa lama vitamin tersebut larut. Sesiapa pun boleh buat ujikaji ni.. anda jugak boleh ye.


1- Obimin & Vita Lea di masukakn dalam cawan yang berisi air secara serentak, haa... pastikan masa disukat sama ye, nak tengok berapa lama masa yang diambil.

2- Selepas 4 minit, dalam keadaan suhu bilik, unsur B Complex dilepaskan berdasarkan warna air dalam cawan Vita Lea, tapi Obimin tetap jugak macam tu je.. cuma air je berubah sikit.
3- Selepas 35 minit berlalu, Obimin tetap macam tu jugak cuma air je berubah warna, belum menunjukakkan tanda Obimin nak larut.
4- Selepas 4jam ujikaji ni dijalankan Vita Lea sudah larut sepenuhnya tapi air dalam Obimin cuma bertukar kepada warna pink je.. tetapi bila air dibuang dalam cawan Obimin ada macam ketulan batu.. sebab ia keras macam batu!

Jadi kalau puan-puan boleh bayangkan keadaan Obimin yang puan telan sepanjang dalam kehamilan.. bagaimana agaknye keadaan Obimin tu yek? 

Vita Lea jugak boleh jugak diambil ibu dalam pantang, untuk menambah tenaga dan memulihkan luka, jadi jangan ragu-ragu ye akak-akak kesayangan semua untuk amik Vita Lea ye..hihihi

Sebotol Vita Lea boleh tahan 4 bulan tau.. amik sebiji sehari dah cukup. Jimat tak?.. memang jimat

Monday, 22 September 2014

Vitamin Cinta


Entry sebelum tido... Vitamin yang mesti saya amik sebelum masuk tido selain Ostematrix

1 biji Vita E setiap malam. Nape saya amik sebiji Vitamin E setiap malam?




KHASIAT VITAMIN E

* Menjadikan anda tampak lebih muda, melindungi kulit daripada sinaran UV, kedutan dan jeragat dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas serta pencemaran alam sekitar.

* Melindungi paru-paru dari pencemaran udara.

*Meningkatkan imuniti tubuh badan dengan menguatkan kuasa sel-T untuk melawan penyakit.

* Meningkatkan libido ( menghangatkan semula hubungan suami isteri)

* Anti oksidan.

* Membekalkan oksigen ke sel-sel badan.

* Melegakan kesakitan arthritis dan inflamasi sendi.

* Mengurangkan risiko kanser prostat bagi lelaki.

* Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk).

* Mengurangkan risiko keguguran bagi wanita hamil.

*Menyelesaikan masalah kelesuan.

* Mengurangkan risiko parut yang besar.

* Merendahkan kadar kolesterol.

* Membantu mencegah kanser.

* Merendahkan risiko katarak.

* Sesuai utk semua golongan usia : remaja, ibu menyusu,semasa berpantang,suami isteri, warga emas

Untuk Para Suami yang mempunyai Masalah "Low Count Sperm"

~ Tambahan Selenium yang terdapat dalam vitamin E Complex Shaklee boleh meningkatkan kualiti air mani & mmpunyai kesan bermanfaat dan perlindungan,terutamanya pada motilitas sperma.

Boleh sms / Whatsapp saya >>> 013 9845516

Bersihkan usus anda dari segala hasil buangan yang tidak perlu.

Assalamualaikum...

Pagi yang indah jugak ceria, burung-burung bekicau riang.. entah apa yang disembangkan burung ni kan... yang pasti burung jugak berzikir kepada Allah.

Hari ni nak cerita pasal HERBA - LAX SHAKLEE, memang best tau HERBA-LAX SHAKLEE ni, segala toksin yangberkumpul abis di kuarkan selepas 8 - 12 jam kita amik 4 biji HERBA-LAX.



Nak tahu tak yang usus kita ini sudah digunakan bertahun-tahunperlu dipolish? Contoh paling dekat hidung kita. Kalau sehari kita tak korek atau polish hidung kita macam agaknye keadaan hidung kita? Masa ambil wudhu' kita di sunatkan masukan air ke dalam  hidung & hembus pastu nak pastikan hidung kita bersih kenala korek-korek sikit.

Macam tu jugakla usus kita tapi memang mustahil kalau kita nak korek usus kita kan?? Haa... sebab tu la kita kene bersihkan usus kita agar tiada najis yang menjadi kerak. Perasan tak kenapa bila kita amik vitamin tapi takde kesan positif pun, bukan salah vitamin tau tapi sebab badan kita banyak toksin, usus kita masih lagi dipenuhi dengan najis jadi memang sukarla untuk vitamin diserap dengan baik, kita tidak sihat maka banyaklah penyakit yang datang kerana dari situ juga berkumpulnya segala bakteria. Banyak bakteria maka banyak jugalah toksin dalam badan.


TANDA TOKSIN BANYAK DALAM BADAN
  • munculnya jerawat di bahagian belakang badan.
  • keletihan yang melampau
  • bau badan yang tidak menyenangkan
  • sembelit, buasir, sistem penghadaman yang tidak baik
  • Moody
  • membawa kepada hormon yang tidak stabil
Oleh itu jika anda ada mengalami tanda-tanda seperti berikut, silalah buang toksin dalam badan. Anda boleh mencuba Herblax dari Shaklee yang mana ianya dibuat dari bahan semulajadi di mana bahan utamanya adalah senna dan 8 lagi herba-herba lain.



Baru saya perasan kenapa jerawat kerap sangat naik, kalau masa haid nak datang lagi galak jerawat ni naik tau.. jadi kawan saya syorkan bersihkan dulu usus baru amik vitamin2 lain supaya penyerapan maksimum boleh berlaku. Bila dah telan amik HERBA-LAX, alhamdulillah jerawat sudah beransur hilang badan juga lebih segar dah tak lemau2 dah.

bar

Friday, 29 August 2014

Hi-Tea Frewell

Assalamualaikum...

Dah lama rasanya tak update dalam blog ni.. aisshhh... windu plak nak "membebel" kat dalam ni... kihkihkih. Entry hari ni nak cerita pasal jamuan Hi-Tea semalam kat Ampang Walk, sempena Farewell K.Umi dari Bakat PUKL. Sebenarnya baru tahun ni saya aktif dengan BAKAT atau Badan Kebajikan Angkatan Tentera khas untuk isteri2 tentera sahaja. Seronok jugak aktif dengan badan kebajikan ni.... macam2 boleh belajar.. macam2 boleh tengok gelagat manusia, ye laa... manusia mana ada yang sempurna tapi berusaha nak jadi lebih baik itu la yang kita hormati sebenarnya. 

Apa2 pun kita amik yang baik2 sajala yang tak berapa elok tu kita wat sempadan je la yek. Semakin berusia diri ni rasanya semakin saya mementingkan kesihatan lagi la setelah menceburkan diri dengan Shaklee ni. Bila sembang2 ngan kakak2 senior dalam BAKAT kebanyakan mereka ada masalah kesihatan mungkin dari kurang menjaga kesihatan, kurang mengambil berat pasal pemakanan dan jugak kurang bersenam. Seorang isteri juga ibu WAJIB menjaga kesihatan diri... ye la kita adalah pengurus keluarga kita., kalau kita tak sihat sape yang nak uruskan keluarga kita?.. persoalan tu selalu berlega dalam kepala saya ni. Kalau muka saje cantik tapi badan tak sihat rasanya kurang nikmat hidupla. 
 
Sekurang-kurangnya amikla multivitamin supaya badan tetap mendapat vitamin yang secukupnya. ok la sampai sini je la ye... nak siap2 pegi kenduri kawen member sekolah. Best woo makan nasi minyakngan air sirap pengantin....ngeee ngeeee


Monday, 14 July 2014

Soy Protein Isolate Powder ( ESP)

Bagaimana protein ESP membantu memberi tenaga 

& kesan kulit cantik?

1. Protin ESP MEMBANTU MEMBINA SEL KULIT & OTOT. Kesanya radian kulit & kepejalan otot ditingkatkan, penyembuhan luka dipercepatkan & kesan parut semakin pudar. Jadi jika anda baru lepas bersalin, kemalangan, selepas pembedahan, amalkan protin ESP untuk kesan pemulihan. InshaaAllah parut akan semakin pudar, luka dalaman lebih cepat pulih & kulit pun semakin berseri.

2. Protin ESP MENYEDIAKAN TENAGA& MRMBANTU TAHAN RASA LAPAR
 kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten. Jadi. untuk orang yang berdiet untuk turunkan berat badan & orang yang suka makan sangat sesuai untuk mengambil ESP. ESP juga mempunyai indeks G.I yang rendah di mana glukosa di lepaskan dengan kadar yang perlahan & konsisten didlm darah & membuatkan badan bertenaga lebih lama. Sebab itu jugala ramai yang kurus dengan mengamalkan DIET PROTEIN.


3. INSOMNIA menyebabkan kulit menjadi kusam, lesu & badan menjadi kepenatan kerana tubuh badan kurang rehat.Berita baik kerana ESP mengandungi vitamin B Complex d imana mampu mengatasi insomnia. InshaaAllah anda akan mendapat kembali kulit yang sihat kerana tubuh badan cukup rehat & tidur memuaskan.

4. MEMBAIKI PIGMENTASI & MENGATASI RAMBUT GUGUR. Akar rambut yang tidak kuat & kulit kepala yang bermasalah antara menjadi punca rambut gugur.Protin ESP dapat menguatkan kembali akar rambut supaya tidak mudah gugur. Ini antara testimoni saya sendiri di mana admin telah mengalami keguguran rambut yang agak serius. Banyak jugak syampu yang saya cuba & kesannya hanya sementara. Selepas mengambil ESP masalah keguguran rambut admin dapat di atasi.

Jadi mengambil ESP memang tidak rugi malah mendapat lebih manfaat untuk tubuh badan. Anda bila lagi??

Jom inbox saya nanti kita sembang2 ye... banyak resepi ESP yang admin akan kongsikan.JOM....






Kolestrol Tinggi Dalam Pembuluh Darah

Tanda-tanda dan Gejala kolesterol Tinggi :

Apabila kolesterol tidak dikawal, akhirnya dia akan menjadi plak di dinding arteri manusia . Jika tidak dirawat, mengancam nyawa masalah kesihatan yang boleh menjadi isu. Berikut adakah tanda-tanda kolesterol tinggi jika tidak dirawat segera ;

• Masalah Pernafasan
• Sakit dada
• Pening
• Denyutan jantung yang tidak tetap
• Loya dan muntah-muntah
• Kebimbangan melampau
• Heartburn atau ketidakhadaman yang kerap
• Berpeluh dingin

Rawatan yang boleh dilakukan
Gaya hidup yang sihat bukan sahaja dapat membantu untuk merawat kolesterol tinggi, tetapi ia juga boleh membantu untuk mencegah pembentukan berbahaya plak dalam arteri.

• Senaman yang kerap
• Elakkan makanan yang tinggi lemak tepu
• Had pengambilan alkohol
• Berhenti merokok
• Diet yang sihat yang kaya dengan bijirin penuh, dan serat semula jadi
• 6-8 jam tidur satu malam
• Mengambil PHYTOCOL Shaklee





Wednesday, 9 July 2014

Tip menyediakan Makanan Si Kecil Dengan Selamat & Bersih




   Berbanding orang dewasa, anak kecil tidakmempunyai ketahanan badan yang kuat untuk melawan penyakit seperti cirit-birit akibat keracunan makanan, jangkitan bakteria seperti bakteria Salmonella dan E.coli. Jadi sebagai ibu bapa, soal kebersihan harus dititik beratkan agar makanan yang diambil oleh si kecil terutama dari usia 6 bulan ke atas sentiasa terjamin keselamatanya.

   Ini kerana masalah seperti keracunan makanan atau jangkitan bakteria biasanya berpunca penyediaan makanan yang kurang sempurna dan kurang menitika beratkan soal kebersihan. Justeru, adalah sangat penting untuk mengendali dan menyediakan makanan bayi dengan cara yang betul dan selamat bagi mencegah bayi atau anak kecil daripada keracunan makanan hingga menjejaskan kesihatannya.

   Langkah-langkah yang perlu diambil:

1 Mesti membersihkan tangan sebelum & selepas menyediakan makanan dan peralatan yang digunakan.

2 Pastikan papan pemotong ( cutting board) sentiasa dicuci dgn sabun dan dibilas bersih setiap kali anda menggunakannya untuk memotong daging, sayur, ikan, buah dan sebagainya. Ia penting bagi memastikan papan pemotong bersih daripada bakteria akibat kesan sisa kotoran bahan mentah. Ia sekali gus mengelakkan daripada mengjangkiti makanan apabila diguankan semula.

3 Bersihkan permukaan alat pemotong seperti pisau, pinggan mangkuk dan singki dengan sabun dan bilas dengan bersih. Jika perlu bilas dengan air panan bagi mematikan kuman dan bakteria.

4 Simpan makanan di dalam peti sejuk bagi memastikan kualiti makanan sentiasa baik dan tidak terdedah pada lalat, habuk dan bakteria.

5 Masak dengan cara yang betul agar makanan dimasak tidak mentah atau terlalu masak hingga menghilangkan nutrien makanan tersebut. Sekiranya anda memasak daging ataupun ayam, masak dengan sempurna hingga hilang rona merah.

6 Elak menyediakan makanan separuh masak seperti telur separuh masak, sate ( idak sempurna masak) dan sebagainya kepada anak kecil. Makanan separuh masak biasanya berisiko mengandungi bakteria yang hanya akan mati apabila dimasak sempurna.

Tip & Amaran

* Pastikan makanan didalam tin berada dalam keadaan kualiti terbaik. Sekiranya, permukaan kemek, elak mengguna & memakanya kerana ia telah tercemar. Tin yang kemik biasanya menyebabkan kesan karat dan mengandungi botulism sehingga menyebabkan keracunan yang serius.

* Jangan sesekali memberi bayi makanan yang mudah tercekik seperti pop corn, gula-gula, kekacang, anggur, sayur yang tidak ditapis dan dipotong nipis, daging yang tebal dan liat dan sebagainya.

* Elakan memberi makanan yang telah di usik biarpun disimpan didalam peti ais.

* Kebanyakan bayi biasanya mengalami alahan terhadap madu sehingga berusia 1 tahun, jadi berhati-hati dengan penggunaanya.

* Elakan menggunakan makanan berasaskan daging yang telah diproses yang menggunakan bahan pengawet tertentu seperti pengawet dan sebagainya.

***Keluarga Harmoni

SET KESUBURAN



Kesuburan samaada si suami atau si isteri adalah sangat penting dalam proses untuk menimang cahaya mata. Sesungguhnya rezeki itu bukan di tangan kita kerana ia adalah kerja yang Maha Esa. Namun kita juga disarankan untuk berusaha dalam memperoleh sesuatu seperti anak. Di Shaklee kami ada mencadangkan beberapa jenis produk khusus untuk lelaki atau perempuan dalam meningkatkan tahap kesuburan mereka