Wednesday, 9 July 2014
Tip menyediakan Makanan Si Kecil Dengan Selamat & Bersih
Berbanding orang dewasa, anak kecil tidakmempunyai ketahanan badan yang kuat untuk melawan penyakit seperti cirit-birit akibat keracunan makanan, jangkitan bakteria seperti bakteria Salmonella dan E.coli. Jadi sebagai ibu bapa, soal kebersihan harus dititik beratkan agar makanan yang diambil oleh si kecil terutama dari usia 6 bulan ke atas sentiasa terjamin keselamatanya.
Ini kerana masalah seperti keracunan makanan atau jangkitan bakteria biasanya berpunca penyediaan makanan yang kurang sempurna dan kurang menitika beratkan soal kebersihan. Justeru, adalah sangat penting untuk mengendali dan menyediakan makanan bayi dengan cara yang betul dan selamat bagi mencegah bayi atau anak kecil daripada keracunan makanan hingga menjejaskan kesihatannya.
Langkah-langkah yang perlu diambil:
1 Mesti membersihkan tangan sebelum & selepas menyediakan makanan dan peralatan yang digunakan.
2 Pastikan papan pemotong ( cutting board) sentiasa dicuci dgn sabun dan dibilas bersih setiap kali anda menggunakannya untuk memotong daging, sayur, ikan, buah dan sebagainya. Ia penting bagi memastikan papan pemotong bersih daripada bakteria akibat kesan sisa kotoran bahan mentah. Ia sekali gus mengelakkan daripada mengjangkiti makanan apabila diguankan semula.
3 Bersihkan permukaan alat pemotong seperti pisau, pinggan mangkuk dan singki dengan sabun dan bilas dengan bersih. Jika perlu bilas dengan air panan bagi mematikan kuman dan bakteria.
4 Simpan makanan di dalam peti sejuk bagi memastikan kualiti makanan sentiasa baik dan tidak terdedah pada lalat, habuk dan bakteria.
5 Masak dengan cara yang betul agar makanan dimasak tidak mentah atau terlalu masak hingga menghilangkan nutrien makanan tersebut. Sekiranya anda memasak daging ataupun ayam, masak dengan sempurna hingga hilang rona merah.
6 Elak menyediakan makanan separuh masak seperti telur separuh masak, sate ( idak sempurna masak) dan sebagainya kepada anak kecil. Makanan separuh masak biasanya berisiko mengandungi bakteria yang hanya akan mati apabila dimasak sempurna.
Tip & Amaran
* Pastikan makanan didalam tin berada dalam keadaan kualiti terbaik. Sekiranya, permukaan kemek, elak mengguna & memakanya kerana ia telah tercemar. Tin yang kemik biasanya menyebabkan kesan karat dan mengandungi botulism sehingga menyebabkan keracunan yang serius.
* Jangan sesekali memberi bayi makanan yang mudah tercekik seperti pop corn, gula-gula, kekacang, anggur, sayur yang tidak ditapis dan dipotong nipis, daging yang tebal dan liat dan sebagainya.
* Elakan memberi makanan yang telah di usik biarpun disimpan didalam peti ais.
* Kebanyakan bayi biasanya mengalami alahan terhadap madu sehingga berusia 1 tahun, jadi berhati-hati dengan penggunaanya.
* Elakan menggunakan makanan berasaskan daging yang telah diproses yang menggunakan bahan pengawet tertentu seperti pengawet dan sebagainya.
***Keluarga Harmoni
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment