Kanser usus atau kolorektral semakin bertambah jumlahnya dalam kalangan penduduk Malaysia. Menurut Daftar Kanser Kebangsaan Malaysia ( NCR ) pada 2007, kanser usus adalah kanser kedua tertinggi insiden di Malaysia selepas kanser payudara.
Semakin ramai mendapat penyakit ini, terutama golongan yang lebih muda, kerana gaya hidup tidak sihat, termasuk masalah kegemukan, kurang aktiviti fizikal, merokok & makanan yang tidak sihat.
Pemakanan faktor terpenting mencegah kanser usus. Satu kajian dijalankan di Eropah selama 12 tahun menunjukkan 6 gaya hidup yang meninggkatkan risiko kanser usus adalah kegemukan, perut buncit, kurang aktiviti fizikal, merokok, minum minuman alkhohol & makan makanan proses.
Untuk mengurangkan risiko kanser usus, pakar mencadangkan beberapa langkah boleh kita amalkan.
1) Amalkan pemakanan seimbang & sihat
~ buah-buahan
~ sayur seperti brokoli, kobis, bunga kobis & taugeh
~ kekacang, bijian & makanan berserat seperti oat, beras perang.
2) Kurangkan makan daging merah seperti daging lembu & kambing
~ Masak daging menggunakan suhu tinggi seperti mengoreng atau memanggang hingga hitam meningkatkan risiko kanser usus kerana penghasilan AGE ( Advance Glyction Endproduct ).
~ Kaedah lebih sihat adalah memasak dengan suhu rendah & berkuah.
~ Memakan lebih banyak ikan yang kaya dengan Omega 3 didapati boleh mengurangkan risiko kanser usus.
3) Makan makanan yang kaya dengan probiotik seperti:
~ Dadih, yogurt, minuman susu berkultur ( cth : vitagen, yakult - sekadar menyebut beberapa jenama ).
4) Makanan yang diperam seperti:
~ Budu, belacan, cencalok ikan pekasam.
5) Makanan yang mengandungi asid folik seperti:
~ Sayur hijau seperti kangkung & bayam
~ Limau, oren, limau bali.. atau buah-buahan citrus
6) Makan makanan yang tinggi vitamin D seperti:
~ Ikan salmon, ikan sardin, kuning telur, & yang paling utama ialah cahaya matahari pagi. Kita perlu mendedahkan kulit kita pada cahaya matahari pagi untuk mendapatkan vitamin D yang secukupnya yang dihasilkan oleh kulit yang terdedah dengan cahaya matahari pagi.
7) Makan makanan yang tinggi dengan kalsium seperti:
~ susu, keju, dadih, ikan salmon, ikan sardin, ikan bilis & sayuran hijau.
Elakkan tabiat usus yang kurang sihat seperti sembelit. Didik diri untuk membuang air besar setiap hari. Minum air tapis secukupnya iaitu 7 gelas sehari. Air bertapis sangat penting untuk mencegah kita mengambil bahan-bahan toksin terlarut seperti klorin & logam berat.
Pemakanan yang rendah serat menyebabkan masalah sembelit & tabiat usus yang tidak sihat. Tabiat usus yang tidak sihat menyumbang kepada kanser usus.
Ini kerana seseorang yang menghadapi sembelit menyebabkan bahan karsinogen dalam makanan menyentuh & irritasi dinding usus berlaku lebih lama & akhirnya menyebabkan sel di dinding usus berubah menjadi sel kanser.
Biasanya ia tumbuh dalam bentuk ketumbuhan kecil dipanggil polip.Elakkan mengambil makanan proses yang tinggi gula, tepung gandum, pengawet, pewarna, perasa yang tinggi bahan kimia. Makanan proses mengganggu keasidan dalam usus yang menyebabkan bakteria baik dalam usus tidak berkembang biak dengan baik. Gangguan ketidak seimbangan bakteria baik dalam usus akan meningkatkan risiko kanser usus.
Pelbagai kajian menunjukkan merokok & minum minuman berakhohol meningkatkan lagi risiko kanser usus kerana rokok mengandungi beribu-beribu jenis toksin dan radikal bebas. Jadikan ini motivasi untuk berenti merokok.
Bersenam & melakukan aktiviti riadah di luar dapat mengurangkan masalah perut buncit & kegemukan yang meningkatkan risiko kanser usus.
Mencegah itu lebih baik dari mengubati selain dari dapat menjimatkan kos & masa. Mengubati kanser usus memerlukan perbelanjaan yang tinggi juga memerlukan pengorbanan masa yang banyak. Mengamalkan langkah pencegahan adalah langkah terbaik walaupun ia bukan jaminan 100%, tapi berusaha menjaga kesihatan adalah sesuatu yang dituntut dalam Islam.
Artikal dari Metro Ahad 30 Nov 2014
Oleh Dr. Hanafiah Bashirun - Pegawai Perubatan Hospital Columbia Asia.
No comments:
Post a Comment