KESILAPAN KETIKA MEMBANCUH SUSU FORMULA
Assalamualaikum & salam sejahtera..
Semoga semuanya sihat selalu
Semoga semuanya sihat selalu
Sebenarnya entry ni akak kongsi kat sini nak share satu mende yang penting.
Dah banyak kali akak nampak kaum ibu bancuh susu anak dia guna air panas yang tengah berasap tu..
Tahukah anda.. susu instant atau susu formula ni adalah susu lembu yang dah diproses dan ditambah dengan pelbagai kebaikan seperti DHA, gangliosida, vitamin D, zat besi, asid amino dan lain lain lagi...
Contoh susu formula yang ade kat pasaran?
Dugro, anmum, dutch lady, fernleaf dan macam macam lagi...
Cara membancuh susu formula?
Kalau korang macam mana agaknye bancuh susu yek?
Buh susu pastu tuang air panas pastu buh air masak plak. Macam tu ke caranye?
Haa... kalau gitu le ghopenye... moh le kita tuko cara bancuh susu anak yek. Kesian kat anak2 dapat air putih macam susu je.. dia punye nutrien abih hilang kene air panas tadi.
Masa beli susu tepung, ada baca tak label kat plastik susu tu?
Biasanya akan ada tulis ambil air pada suhu 40ºc . Pastu ikotlah banyak mana air yang kita nak... apesal diaorang tak soh guna air panas mendidih? Air mendidih mestila suhu 100ºc...
Kerana...
Tak mau bakteria baik yang ada pada susu musnah, juga khasiat khasiat lain pada susu hilang. Lagi satu susu jugak ada protein yang sensetip dengan suhu terlalu panas. Jadi protein susu akan musnahla kalau kene air panas. sebab tu arahan pada pek suruh buh air suam aje.
Jangan risau kalau susu tak larut jika guna air suam, percaya la susu tepung dalam paket tu akan larut jugak dengan air masak biasa. Tak caya boleh la cuba ye... cuma kene goncang lebih sikitla.. ala.. macam eksersais gitu..
No comments:
Post a Comment