Friday, 29 August 2014

Hi-Tea Frewell

Assalamualaikum...

Dah lama rasanya tak update dalam blog ni.. aisshhh... windu plak nak "membebel" kat dalam ni... kihkihkih. Entry hari ni nak cerita pasal jamuan Hi-Tea semalam kat Ampang Walk, sempena Farewell K.Umi dari Bakat PUKL. Sebenarnya baru tahun ni saya aktif dengan BAKAT atau Badan Kebajikan Angkatan Tentera khas untuk isteri2 tentera sahaja. Seronok jugak aktif dengan badan kebajikan ni.... macam2 boleh belajar.. macam2 boleh tengok gelagat manusia, ye laa... manusia mana ada yang sempurna tapi berusaha nak jadi lebih baik itu la yang kita hormati sebenarnya. 

Apa2 pun kita amik yang baik2 sajala yang tak berapa elok tu kita wat sempadan je la yek. Semakin berusia diri ni rasanya semakin saya mementingkan kesihatan lagi la setelah menceburkan diri dengan Shaklee ni. Bila sembang2 ngan kakak2 senior dalam BAKAT kebanyakan mereka ada masalah kesihatan mungkin dari kurang menjaga kesihatan, kurang mengambil berat pasal pemakanan dan jugak kurang bersenam. Seorang isteri juga ibu WAJIB menjaga kesihatan diri... ye la kita adalah pengurus keluarga kita., kalau kita tak sihat sape yang nak uruskan keluarga kita?.. persoalan tu selalu berlega dalam kepala saya ni. Kalau muka saje cantik tapi badan tak sihat rasanya kurang nikmat hidupla. 
 
Sekurang-kurangnya amikla multivitamin supaya badan tetap mendapat vitamin yang secukupnya. ok la sampai sini je la ye... nak siap2 pegi kenduri kawen member sekolah. Best woo makan nasi minyakngan air sirap pengantin....ngeee ngeeee


No comments:

Post a Comment