Thursday, 22 January 2015

Cara mandikan bayi baru lahir




Bayi baru lahir adalah khalifah Allah yang baru menjengah dunia selepas sembilan bulan tinggal di alam rahim. Justeru ibu bapa yang beragama Islam mestilah menyambut kelahirannya mengikut cara yang dianjurkan oleh Islam.
Antara yang mungkin kita semua tidak beri perhatian adalah tatacara memandikan bayi baru lahir iaitu dari usia sehari hingga 40 hari. Dalam tempoh ini, kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik.
1. Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam.
2. Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.
3. Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.
4. Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.
5. Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, hati berzikir Ya Latif, Ya Hadi.
6. Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman.
7. Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses gugur tali pusat.
8. Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru lemah.

Wednesday, 21 January 2015

Bersihkan Usus Kita Dari Toksin

Assalamualaikum...

Pagi yang indah jugak ceria, burung-burung bekicau riang.. entah apa yang disembangkan burung ni kan... yang pasti burung jugak berzikir kepada Allah.

Hari ni nak cerita pasal HERBA - LAX SHAKLEE, memang best tau HERBA-LAX SHAKLEE ni, segala toksin yangberkumpul abis di kuarkan selepas 8 - 12 jam kita amik 4 biji HERBA-LAX.



Nak tahu tak yang usus kita ini sudah digunakan bertahun-tahunperlu dipolish? Contoh paling dekat hidung kita. Kalau sehari kita tak korek atau polish hidung kita macam agaknye keadaan hidung kita? Masa ambil wudhu' kita di sunatkan masukan air ke dalam  hidung & hembus pastu nak pastikan hidung kita bersih kenala korek-korek sikit.

Macam tu jugakla usus kita tapi memang mustahil kalau kita nak korek usus kita kan?? Haa... sebab tu la kita kene bersihkan usus kita agar tiada najis yang menjadi kerak. Perasan tak kenapa bila kita amik vitamin tapi takde kesan positif pun, bukan salah vitamin tau tapi sebab badan kita banyak toksin, usus kita masih lagi dipenuhi dengan najis jadi memang sukarla untuk vitamin diserap dengan baik, kita tidak sihat maka banyaklah penyakit yang datang kerana dari situ juga berkumpulnya segala bakteria. Banyak bakteria maka banyak jugalah toksin dalam badan.
TANDA TOKSIN BANYAK DALAM BADAN
  • munculnya jerawat di bahagian belakang badan.
  • keletihan yang melampau
  • bau badan yang tidak menyenangkan
  • sembelit, buasir, sistem penghadaman yang tidak baik
  • Moody
  • membawa kepada hormon yang tidak stabil
Oleh itu jika anda ada mengalami tanda-tanda seperti berikut, silalah buang toksin dalam badan. Anda boleh mencuba Herblax dari Shaklee yang mana ianya dibuat dari bahan semulajadi di mana bahan utamanya adalah senna dan 8 lagi herba-herba lain.



Baru saya perasan kenapa jerawat kerap sangat naik, kalau masa haid nak datang lagi galak jerawat ni naik tau.. jadi kawan saya syorkan bersihkan dulu usus baru amik vitamin2 lain supaya penyerapan maksimum boleh berlaku. Bila dah telan amik HERBA-LAX, alhamdulillah jerawat sudah beransur hilang badan juga lebih segar dah tak lemau2 dah.