Thursday, 11 December 2014

SALE... SALE... SALE...

hANYA BULAN INI SAHAJA YE....!! 

Kenapa RAMAI SANGAT orang gilakan Vitamin C & E Shaklee?
ANDA WAJIB BACA FAKTA MENARIK INI !!!

★ VITA-C PLUS ★
√ Vitamin C PERTAMA yang natural dan bertindak secara Sustained Release~ Berfungsi secara perlahan untuk BERKUASA selama 24 jam dalam tubuh kita.
√ Rumusan yang hebat dan unik ini membenarkan pelepasan Vitamin C TULEN secara perlahan dan berterusan selama 5 jam. 100 mg setiap jam. Jadi, tiada pembaziran akibat lenyap dalam urin tanpa diserap oleh badan.
√ Pada ukurannya, satu tablet vitamin c Shaklee ni bersamaan manfaat 7 biji setengah buah oren.
Opss..tapi Vitamin C Shaklee bukan dari buah oren. Ia dihasilkan dari ekstrak jagung. Mempunyai komponen yang sama seperti buah citrus. Jadi tiada masalah untuk orang yang gastrik.
√ Diuji secara klinikal, jika diambil 2x selang 5 jam, akan mengekalkan paras Vitamin C plasma lebih 24 jam.
√ Lebih hebat ia juga membekalkan 'Bioflavinoid dalam jumlah yang SEIMBANG 120mg.
Badan kita ibarat enjin , HANYA VITAMIN TERBAIK SAHAJA YG SELAYAKNYA

★ VITA-E COMPLEX ★
✔ Kenapa GRAPE SEED & SELENIUM terdapat dlm VITA E SHAKLEE
'Vita E' improved formula ..mengandungi ESTRAK BIJI ANGGUR.. HARGA ??? Tetap sama seperti sebelumnya CUMA ada SOMETHING SPECIAL UTK BULAN NIE....NAK TAHU KN PM SEGERA !!!
✔ Kenapa tambah estrak biji anggur ? Sebab SHAKLEE hanya sediakan yg terbaik untuk pelanggannya !

Ekstrak biji anggur mengandungi pelbagai khasiat kesihatan iaitu protien, lipid, karbohidrat dan polifenol

Kuasa antioksidan polifenol adalah 20 kali lebih baik dari Vit E dan 50 kali lebih baik daripada vitamin C .. dlm erti kata lain minyak biji anggur ni amat berkesan mengatasi masalah kanser serta amat baik utk awet muda dan utk memelihara kecantikan dan yg best grape seed extract terbukti berkesan menguatkan sistem imun badan, menurunkan paras kolestrol, menghalang pembentukan darah beku, melegakan masalah berpunca daripada urat timbul ..

✔ Melambatkan Penuaan:
Salah satu phenol yang ditemui dalam biji anggur ialah OPC (oligomeric Proanthi Cyanidin) ni lebih tulen berbanding kumpulan fitonutrien yg lain). OPC ni memelihara tubuh dari penuaan sebelum masanya..OPC juga terikat dengan kolagen. Senang cerita, procyanidin ini juga membantu kulit lebih elastik, membuatkan seseorang nampak muda secara semulajadi.

✔ Now anda dah tahu rahsianya..!!
Jangan lepaskan peluang niii.. sebiji biji Vitamin E ni bersamaan 400iu,ianya semulajadi dan lengkap dgn selenium lagiii ..marvellous...

✔ Pesanan khidmat masyarakat
 Tips memilih VITA E>
1. Pilih Vitamin E yg bersumber semulajadi ( boleh lihat pada label.. ada huruf d kecil (d-alpha tocopherol) menunjukkan ia sumber semulajadi. satu huruf 'l' or 'dl' menunjukkan ia sumber tiruan or kimia)
2. Cari perkataan mixed tocopherol dlm label
3 .Pilih Vita E yg berserta selenium..
Sumber semulajadi adalah lebih baik kerana ia lebih mudah diserap oleh badan berbanding sumber kimia/tiruan
Jgn malu2 untuk bertanya...HANYA YG TERBAIK UNTUK ANDA !
Confirm anda terpikat !!
PM SEGERA & SEMENTARA STOK MASIH ADA !
★ Shaklee Authorized Dealer ★

Tuesday, 2 December 2014

SET RESDUNG & ALAHAN



Penyakit Resdung adalah antara penyakit yang sering menjadi masalah kepada ramai orang di Malaysia. Pelbagai rawatan telah dicuba untuk atasi masalah penyakit resdung ini. Set Resdung Shaklee disyorkan bagi membantu mengatasi masalah yang menghantui anda selama ini.
Dalam istilah perubatan, penyakit resdung dikenali dengan nama sinusitis. Masyarakat lazimnya menganggap penyakit ini adalah penyakit yang tidak berbahaya walaupun hakikatnya jika dibiarkan menjadi kronik ia boleh menyebabkan komplikasi kepada otak dan membawa maut!

Punca Penyakit Resdung
Pada kebiasaannya, para pesakit resdung akan mengalami situasi seperti bersin dengan kerap, dengkuran luarbiasa, batuk, gatal hidung, cepat letih, muka terasa sakit dan pening kepala waktu pagi. Bagi pesakit resdung yang kronik, resdung berisiko menyebabkan punca telinga menjadi pekak. Sebelum bercerita lebih lanjut tentang Set Resdung Shaklee, terlebih dahulu kita perlu tahu apa punca sebenarnya yang menjadi penyebab berlakunya penyakit resdung ini. Pakar Hidung, Telinga dan Tekak Hospital Pakar Perdana, Dr. Mohamad Hamzah menyatakan resdung adalah sejenis penyakit hidung yang berpunca daripada radang pada membran. Sinus pula merujuk kepada rongga dalam tulang muka yang dipenuhi mukosa. Rongga sinus yang tersumbat berisiko menyebabkan masalah kesihatan kerana bakteria dan kulat mudah membiak di dalamnya serta menghasilkan nanah. Sebagai tambahan, resdung juga boleh berpunca disebabkan oleh rerambut halus silia dalam rongga sinus yang gagal menyempurnakan tugas untuk melancarkan aliran mukus.

Antara komplikasi penyakit resdung:
·                     Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata
·                     Jangkitan otak (meningitis)
·                     Sakit tekak yang kronik
·                     Jangkitan tulang muka
·                     Memburukkan keadaan lelah
·                     Berdengkur yang kronik
·                     Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak
·                     Alahan hidung atau hidung sensitif
·                     Selesema biasa yang melarat.


Set Resdung

Set Resdung Dan Alahan Shaklee:-

1. Alfalfa Complex
Berfungsi mengurangkan tahap keradangan penyakit resdung (sinuisitis). Ramuannya yang kaya dengan sumber klorofil dapat membantu mengurangkan tahap keradangan daripada alergi (allergy), gegata (hives) dan resdung (sinuisitis).
Namun begitu, mereka menghidap penyakit SLE tak digalakkan mengambil alfalfa sebagai supplement.

2. B Complex
Kandungan B6 (pyridoxine) dalam B Complex berperanan penting untuk
:-
·                     Memulihara selaput lendir agar kekal sihat (mengelakkannya dari mengganggu ruang pernafasan) 
·                     Membantu penghasilan antibodi badan.  
·                     Membantu dalam pembinaan protein dalam tubuh.  
·                     Membantu hati menghasilkan glikogen yang diperlukan oleh kulit untuk menyingkirkan sel-sel mati dan memelihara sistem saraf. 
·                     Bertindak sebagai anti-stress. 
Apabila resdung menyerang, B Complex akan menjadi penstabil hormon dan penenang semulajadi bagi mengurangkan kesakitan di bahagian muka.

3. Vitamin C
Bagi masalah alahan, sel dalam badan akan mengeluarkan sejenis bahan kimia yg dipanggil "histamine"."Histamine" akan menyebabkan ruam, bersin, gatal, dan juga penyakit alahan yang lain. "Anti-histamine" biasanya akan digunakan sebagai rawatan asas untuk masalah ini.

Vitamin C
:- 
·                     Bertindak sebagai anti-histamin, tanpa kita perlu mengalami kesan sampingan dari pengambilan dadah anti-histamin. 
·                     Membantu menstabilkan pengeluaran histamin dalam tubuh badan, dan mencegah penyempitan salur pernafasan. 
·                     Memastikan proses pemuliharan proses metabolisme dalam tubuh berfungsi dengan baik dan sempurna. 
·                     Ia berfungsi sebagai antioksida yang unggul dalam meningkatkan antibodi dan daya tahan (imuniti) seseorang menghadapi serangan penyakit dan mempercepat proses penyembuhan tisu tubuh. 

Jangan berlengah untuk mencuba Set Resdung Shaklee bagi mengatasi masalah resdung anda.
Produk Shaklee adalah produk semulajadi dan bebas dadah. Hakikatnya, penyakit resdung ini jika dibiarkan melarat akan menjadi kronik dan boleh menyebabkan komplikasi kepada otak dan membawa maut!


Monday, 1 December 2014

Cegah Kanser Usus


Kanser usus atau kolorektral semakin bertambah jumlahnya dalam kalangan penduduk Malaysia. Menurut Daftar Kanser Kebangsaan Malaysia ( NCR ) pada 2007, kanser usus adalah kanser kedua tertinggi insiden di Malaysia selepas kanser payudara.

Semakin ramai mendapat penyakit ini, terutama golongan yang lebih muda, kerana gaya hidup tidak sihat, termasuk masalah kegemukan, kurang aktiviti fizikal, merokok & makanan yang tidak sihat.

Pemakanan faktor terpenting mencegah kanser usus. Satu kajian dijalankan di Eropah selama 12 tahun menunjukkan 6 gaya hidup yang meninggkatkan risiko kanser usus adalah kegemukan, perut buncit, kurang aktiviti fizikal, merokok, minum minuman alkhohol & makan makanan proses.

Untuk mengurangkan risiko kanser usus, pakar mencadangkan beberapa langkah boleh kita amalkan.

1) Amalkan pemakanan seimbang & sihat
    ~ buah-buahan
    ~ sayur seperti brokoli, kobis, bunga kobis & taugeh
    ~ kekacang, bijian & makanan berserat seperti oat, beras perang.

2) Kurangkan makan daging merah seperti daging lembu & kambing
    ~ Masak daging menggunakan suhu tinggi seperti mengoreng atau memanggang hingga hitam                meningkatkan risiko kanser usus kerana penghasilan AGE ( Advance Glyction Endproduct ).
    ~ Kaedah lebih sihat adalah memasak dengan suhu rendah & berkuah.
    ~ Memakan lebih banyak ikan yang kaya dengan Omega 3 didapati boleh mengurangkan risiko              kanser usus.
 
3) Makan makanan yang kaya dengan probiotik seperti:
    ~ Dadih, yogurt, minuman susu berkultur ( cth : vitagen, yakult - sekadar menyebut beberapa                  jenama ).

4) Makanan yang diperam seperti:
    ~ Budu, belacan, cencalok ikan pekasam.

5) Makanan yang mengandungi asid folik seperti:
    ~ Sayur hijau seperti kangkung & bayam
    ~ Limau, oren, limau bali.. atau buah-buahan citrus

6) Makan makanan yang tinggi vitamin D seperti:
    ~ Ikan salmon, ikan sardin, kuning telur, & yang paling utama ialah cahaya matahari pagi. Kita              perlu mendedahkan kulit kita pada cahaya matahari pagi untuk mendapatkan vitamin D yang              secukupnya yang dihasilkan oleh kulit yang terdedah dengan cahaya matahari pagi.

7) Makan makanan yang tinggi dengan kalsium seperti:
    ~ susu, keju, dadih, ikan salmon, ikan sardin, ikan bilis & sayuran hijau.

Elakkan tabiat usus yang kurang sihat seperti sembelit. Didik diri untuk membuang air besar setiap hari. Minum air tapis secukupnya iaitu 7 gelas sehari. Air bertapis sangat penting untuk mencegah kita mengambil bahan-bahan toksin terlarut seperti klorin & logam berat.

Pemakanan yang rendah serat menyebabkan masalah sembelit & tabiat usus yang tidak sihat. Tabiat usus yang tidak sihat menyumbang kepada kanser usus.

Ini kerana seseorang yang menghadapi sembelit menyebabkan bahan karsinogen dalam makanan menyentuh & irritasi dinding usus berlaku lebih lama & akhirnya menyebabkan sel di dinding usus berubah menjadi sel kanser.



Biasanya ia tumbuh dalam bentuk ketumbuhan kecil dipanggil polip.Elakkan mengambil makanan proses yang tinggi gula, tepung gandum, pengawet, pewarna, perasa yang tinggi bahan kimia. Makanan proses mengganggu keasidan dalam usus yang menyebabkan bakteria baik dalam usus tidak berkembang biak dengan baik. Gangguan ketidak seimbangan bakteria baik dalam usus akan meningkatkan risiko kanser usus.

Pelbagai kajian menunjukkan merokok & minum minuman berakhohol meningkatkan lagi risiko kanser usus kerana rokok mengandungi beribu-beribu jenis toksin dan radikal bebas. Jadikan ini motivasi untuk berenti merokok.

Bersenam & melakukan aktiviti riadah di luar dapat mengurangkan masalah perut buncit & kegemukan yang meningkatkan risiko kanser usus.

Mencegah itu lebih baik dari mengubati selain dari dapat menjimatkan kos & masa. Mengubati kanser usus memerlukan perbelanjaan yang tinggi juga memerlukan pengorbanan masa yang banyak. Mengamalkan langkah pencegahan adalah langkah terbaik walaupun ia bukan jaminan 100%, tapi berusaha menjaga kesihatan adalah sesuatu yang dituntut dalam Islam.


Artikal dari Metro Ahad 30 Nov 2014
Oleh Dr. Hanafiah Bashirun - Pegawai Perubatan Hospital Columbia Asia.